Nuffnang

MY HEART BEEP

Wednesday, September 29, 2010

KISAH "KETEGUR @ TERTEGUR"

Semalam aku EL, sbb nak bwk anak aku g berubat, ialah kalau demam asyik berulang jer, mesti ada yang x kene nie, so aku bwk my little prince pergi jumper nenek kawan baik aku ija.....erm lame gaklah berubat, aku mmg biasa ngan fmly member baik aku nie dr sekolah lagi....so lepas di tilik, di scan oleh wan ija, confirmlh anak aku nie ketegur, dia kene kat temerloh, ialah mmg kawasan dia lalu lalangkan, kiter mmglh x nmpk, tp bebudak nie semua dia nmpk....erm alhamdulillah pas dh berubat tue, dia dh sihat skit, dh leh main, ketawa, mkn semua...lega sangat...atuk nenek diapun senang jer hati tgk dia dh leh main xlah asik meragam jer.....tp aku still on ubt dmm kat dia...bg dia bebetol dh recover...Ya Allah syukur sangat padaMu....moga anak aku di jauhkan gangguan makhluk² halus nie...amin...tp setengah org x percaya perkara mcm nie.....terpulanglah hak individu nak percaya @ tidak...sesungguhnya "mereka" juga makhluk Allah yang ada tempat di dunia ini....

Tuesday, September 28, 2010

AKU NAK SHARE SESUATU YANG BERHARGA

Mungkin kita bukan seperti cerita yang akan ku paparkan, tapi aku rase x bnyk skit, ada dosa sama yang kiter terlibat secara x langsung, dr kita akil baligh, muda remaja @ hingga sekarang....moga cerita nie dapat memberi sejuta keinsafan wat kita semua.....
Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.


"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."

Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau
wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

Sunday, September 26, 2010

TAG DARI CIK PUN ZURA

Heheheh...sebenarnyer dh 2-3 x makcik sorang nie TAG aku, tp aku xde kesempatan nak buat, so ari nie aku free skit, leh ler aku jawab tag dr makcik nie...hehehehe thanx zura x jemu nak tag aku......jom kiter tgk apa y di tag aku....



1. Who sleeps in bed next to you?

Anak² dan suami aku daaa...

2. Have you ever lied to a boyfriend to get out of something?
Dulu mase bercinta...hahaha biasalah x menipu mane thrill.....

3. What kind of kuih raya did you make?
Erm...kuih cekodok...hahahaha mazola, itupun mak aku y settlekan....

4. Best day of the week?

Tgk anak kesayangan aku sihat...

5. What's really creepy?

Bila anak aku x sihat²...1001 rase ade...

6. What's your current fandom/obsession/addiction?

Nak jadi kaya...hahahahahaha

7. What are the color of your baju raya?

Offcoz purple

8. What did you eat for break fast today?

Nasi Lemak smbl sotong

9. What is your aim for this raya?Nak g bercuti di cameron higland...tp uwaaaa x tercapai

10. What was the last thing you bought?

Ns Lemak + Mineral water...

11. What was the cutest thing you've seen recently?
My Little Princess & Prince

12. Does the cute thing above affect your mood?

Sesangat...tgk diorg leh wat mood aku ceria sokmo

13. What is your zodiac sign?

Aries...
14. Do you want to learn other skills?

Nak...ade yang nak jadi cikgu ker????Especially bidang medical

...15. 5 things you can't live without?

a. Bernafas

b. Makanan

c. Kekurangan darah

d. Pancaindera yang Allah Kurniakan
e. Minuman
16. If you could meet anyone now, who would you meet?
Haizura Mohd Tahir
17. What's something you'd like to say to someone right now?
Erm...mengantuk sangat nie...
18. What are you looking forward to?
Nak berjaya dlm hidup di dunia & akhirat...
19. Say something to the person who tagged you.
Bila boleh jumpe erk....
20. Tag 8 bloggers.
ease
syida
huda
semua yang sudi jawab lah

SPECIAL FOR MAK ATHIRAH....


N3 nie khas aku create kat ko ease, ko x baca blog aku lagi kot, anak aku x sihat lah ease, mmg x kemanapun aku , coz anak aku kene amik nebolizer......so duduk umah jer....aku terpaksa halang keinginnan nak menikmti makanan demi my little prince....ialah kalau keluar nnt terdedah ngan habuk especially asap rokok...so aku amik kesempatan nie minta maaf kat ko sekeluarga...mmg teringin sgt nk pergi....

ILMU AGAMA YANG PATUT KITA TAHU...

Aku nak share skit ilmu agama ngan kengkawan muslim aku, ialah kitakan selalunya makin tua, makin lupa, so per salahnya aku kongsi sedikit ilmu waktu kiter belajar sekolah agama dulu, dapat gak mengulangkaji pelajaran kan...heheehhe jom basic jer nie...

KESIAN KAT AKU...LEBIH KESIAN PADA ANAKKU...

Sabtu lepas, rancangan asalnyer nak pergi open house umah member aku + umah bos aku, tp akhirnya aku x kemanapun...kenapa??? erm aral melintang, nak wat mcm mane.... Sabtu tue otw nak balik umah, aku selisih ngan kakak aku, terus dia call aku, suruh aku follow dia sbb, dia bwk my little prince g klinik, batuk dan bunyi nafas dia dh makin teruk.....so akupun U turn balik follow kakak aku...Dah dapat rase rancangan akan tergendala, tp aku juz delaykan dulu ngan member aku....tggu result. So after jumper dr pakar kanak², dah amik nab sekali, still x berubah....so doc nasihatkan supaya anak aku di tahan kat wad....Adush, dah ler tgh sangap nie, mmg dah out sgt nie....so aku juz mintak dr pakar suruk refer ,admit kat hospital jer....After settle, aku g amik suami aku kat tmpt keje dia, dan terus gerak g hospital settlekan urusan anak aku...Smp kat sane aku park kat depan emergency jer, tgk keadaan anak aku yang lembik tue, hmpr sahaja air mata aku menitis, tp aku tahankan jer, mintak pada Allah supaya kuatkan semangat aku, tabahkan hati aku...After settle semua, dah xray, amik darah dan berbagailah...Aku di panggil semula...erm anak dah ragam tue jgn ckplah...Alhamdulillah suami aku ade, kalau aku sensorang xtaulah mcm mane.....erm so doc terangkan kat kitorang, xde jangkitan peparu, jantung ok, darah ok...alhamdulillah, tp yang wat aku panas hatinya bila doc tue ckp, len kali sakit demam biasa mcm nie, pergi klinik kesihatan jer, xpayah dtg hospital, kami terima yang kecemasan jer...ha??? aku ckplah sy dpt surat pakar suruh anak sy admit, doc tue leh gelak jer...Dia x dgr ker nafas anak aku berbuyi????dia pekak ker.????? eeeeee mementang ko x kawin g, xde anak, sesenang jer ko wat anak org mcm nie erk.....eeeeeee bkn mendoakan yang x baik, tp atleast jgnlh layan ktiorg mcm nie, ingat ktorg nk sgt ker g spital, kecuali keadaan dah kritikal....grrrrrrrr bertukar!

Aku balik bwk anak aku yang tak sihat tue, sedihnya hati tgk keadaan anak, hanya Allah yang tau, balik aku tdokkan dia....dia penat,seharian ke hulu kehilir..tp x dpt layanan yang sepatutnyer.....eeeee. Aku amik kesempatan same utk tdo 5min pun jadilah...dah x peduli rase lapar semua, y penting nak rest jap, tp baru jer nak terlelap...dah dgr suara anak aku, so bgn bagi dia ubat.....Seluruh fmly aku turut rase marah dgn layanan doc kat spital tue...tp what to do, spital tue kan mmg teruk. Hari ahadnyer aku bgn, still dgr nafas anak aku, juz bwk g jumper pakar kanak² again, dan diapun kecewa dgr cerita drp aku...anak aku dpt nab lagi sekali, + ubat yang sepatutnya...Pagi nie aku bgn, dh kurang bunyi nafas dia......cuma kakak dia lak rase badan dh panas, erm dmm lah tue berjangkit...adush anak-anak ibu cepatlh sembuh sihat....ibu rindu nak tgk korang bergumbira....

Friday, September 24, 2010

INSAN - INSAN YANG AKU SAYANG






Ini adlah antara orang² yang amat bermakna dan org yang aku sayang dlm hidup aku, kalau sehari x jumper diorang nie rase hidup aku x lengkap...mcm ade something yang hilang dalam hidup korang.....aku sayang bangat same mereka² nie...





Thursday, September 23, 2010

ANAK - ANAK IBU

Hati nie risau sgt, bila balik tgk my little prince masih lagi tak sihat, mungkin ketegur kot sbb ari tue duk tepi highway...masuk ari nie jer, dh seminggu anak ibu demam...ayah ngan ibu x leh nak gerak kemana, sbb my little prince still x sihat, kakak pun dah terasa dedar badan dia...Ya Allah pulihkan lah kesihatan anak-anakku,sihatkanlah mereka seperti sedia kala....amin.... Rindu nak tgk keletah my little prince senyum, nangis, nakal.....

heheheeh senyum nakal tue, adush rindunyer ibu, cepat sihat erk anak ibu....


Nie aku amik masa raya ari tue, huhuuhu gambar b4, xde.....sedih tol

Thursday, September 16, 2010

RAYA TAHUN 2010

Tahun nie raya aku x berapa nak best, erm aku mmg xde mood nk beraya, ntah nape ntah...bosan jer baju rayapun ade ker xde xper...tp demi lihat keceriaan kat muka orang² yang aku sayang, aku siapkan gaklah persiapan raya y serba sederhana wat aku, tp meriah wat anak-anakku....aku balik kg mr hub awal, patutnyer kitorang gerak malam raya, tp di sebabkan dapat berita yang tak best....my mother in law masuk spital, so kitorang gerak awal, hari rabu kitorang dah berada di kg mr hub...Sebabkan adik beradik mr hub nie 5 lelaki 1 org perempuan...so pepaham jerlahkan keadaan umah mak mentua aku tue...lelebih bila mak mentua aku x sihat....Tahun nie kakak ipar aku xlek beraya, coz anak dia nak UPSR, so mmg berayalah....kat umah mak mentua aku lak biras aku tgh berpantang....bkn mengeluh @ merungut, tp penat x ingat, alhamdulillah utk kekemas rumah nie, adik - adik ipar aku mmg leh harap...so tugas aku juz utk menjaga mak mentua aku y x berapa sihat + org y tgh berpantang.Kalau masak tue, kenelah masak utk lauk org y x berpantang dan org y berpantang....pening gaklah, ialah aku mane teror masak...so pening gaklah pk nk bg org pantang mkn per...wlpn ade pengalaman berpantang...tp bab mkn nie mak aku y sediakan....hehehehe...gpun kat kg mr hub aku bkn kat sini, xde brg leh g cr kat tesco ker, econsave ker, giant ker, jauh dr bandar payah.....Tahun nie aku xde gmbr berayapun dengan anak² dan suami...sebabnyer, baru jer ktorg nak duduk minta maaf, dah berduyun tiba....so terpaksalah aku bergerak ker dapur menyediakan pepe yang patut...aku mmg x kemana...duduk jer di ceruk dapur...hahahaha...basuh pinggan ,kemas dapur...suami dan anak² dh ikut org y berduyun² td g beraya.....erm tggllah aku ngan mak mentua aku + biras aku y sedang berpantang....biasalah suasana kg, org dtg beraya smp ker mlm.....dan aku sibuk smp ker malamlah.....penat x ingat...kesian mak mentua aku kat aku...tp xperlh, bkn selalu aku berbakti kat fmly mentua aku....
OTW lek sini, kitorg lek awal sbb isnin dah start keje seperti biasa...kol 3 ktirog gerak lek, budget smp kol 6@7 dh ade kat umah....tp akhirnya kitorg smp kol 11 mlm..hahahaha penat x ingatlah...nak menagis, tp ku tahan jer...demi memberi semangat kpd mereka y memerlukan...hahahah....nak tau naper kami leh smp selewat tue...huhuhuhu kereta suami aku rosak....tersadailah kami 4 beranak di tepi hgway temerloh....tunggu towing mtd dr kol 6 petang smp kol 8.30 baru smp...pastu naik towing insurance smp umah....sakit pinggang jgn ckplah...dlm menunggu towing mtd tue, anak-anakku dh bermacam aksi diorg buat, ialah bosa, lapar...alhamdulillah diorg x berak...kalau x..eeeeee, mkn ade mende aku tapau ,so mmg x laparlah....hp aku hbs rosak, mana taknye, my little prince pergi cmpk tepi hgway...arghhhhhhhh. Aku dh nmpk "RM" dlm poket aku terbang tinggi dan terus hilang...

Monday, September 6, 2010

TERKEJUT AKU....



Baru jer aku buka blog nie, tgk ade komen ker y perlu di moderate, nak jenjalan blog kengkawan...sbb pepagi nie dan mungkin sampai ker petang aku mmg xde keje....dapat panggilan telefon dr mr hub aku, mak mentua aku masuk hospital, baru jer di bawa oleh ambulance....berdebar aku, berdesup darah aku....harap mak mentua aku xde apepelah...mintak di jauhkan perkara yang tidak di ingin...amin....Pepepun mr hub kate tunggu panggilan drp abah dulu, baru leh amik action....berdebar nie....nak dedekat raya nie harap semua jadi yang baiklah...amin....

Sunday, September 5, 2010

SALAM AIDILFITRI



Hehehe semua org mesti dah mood bercutikan,lelebih lagi kat corong² radio dah mula dengar lagu raya...lagilah mood nak g opis tue mcm arghhhhhh pepaham sendirilah erk. Mcm aku ,aku xdelah rase nak raya sgt, tp more pada mood nak bercuti jer..pagi td pilih baju nak g kejepun x beriya mcm selalu...capai jer mana y aku tgn aku tercapai...heheheh...Kat opis nie walaupun masih ramai lagi..tp memasing aku tgk dah mcm xde mood nak keje, sibuk dah x sabar nak cuti....oklah kengkawan semua apapapun dan di manapun korang berada, aku ambil kesempatan nie mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN" ialah mane tau ade terkasar bahasa, tersinggung perasaan tanpa di sangka²...Semoga perjalanan korang selamat sampai ker destinasinya...jumpe lagi selamat raya.......yeeeeeee!

Wednesday, September 1, 2010

MENU BERBUKA AKU ARI NIE

Hehehehe ari nie aku rase nak mkn simple jerk, balik nie aku nak masak lauk paling simple jer iaitu jeng..jeng....



v



v



v



v



v



v



v



v




Nasi putih yang PANAS dan LEMBUT
Sambal Ikan bilis cili padi
Telur dadar
Wah mesti sedapkan , dah kecur air liur nie...air per nak minum pastikan satu jag besar..hahahaha mesti berasap telinga aku mcm iklan mamee slurp....

Nuffnang

MY HEART BEEP