Nuffnang

MY HEART BEEP

Friday, July 2, 2010

JOM KONGSI CITER BEST...

Aku dpt citer nie drp bos dept aku, heheheh dia nie mcm tetau jerk kitorang skrg nie tgh memberontak, setelah per y dijanjikan xsame mcm y kitorang dapat....pandai gak bos aku nie berdiplomasi cara halus dgn kitorang...hehehe actually dia pas email nie kat kawan aku, kawan aku tlg fowardkan kat aku...nak tau citer per??? jom baca, walaupun masih geram dan x puas hati tp bila bc nie terubat skit rase di hati...hahahahhah.... Kisahnyer begini.....

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar.. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak nie telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Ini adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan.. 6 bulan lagi dia akan pencen, so bila di suruh memperkenalkan diri, dia mengambil kesempatan utk meluahkan aper yang dia rase selama nie...kecewa, geram ,marah dan berbagai 1001 rase lagi.Ialah saper y tak geram @ sakit hatikan , jika bekerja secara ikhlas & gigih tapi tak pernah dinaikkan pangkat @ dapat kenaikan gaji? hehehe aku pun geram gak....
Sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya
“kakak punya berapa orang anak?”
“Oh ramai…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, lihat dia begitu ceria bila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi tahfiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”“Tanyalah …” ujar kakak itu sambil tersenyum.
Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,”
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… "orang ikhlas tertindas?"

KL - MELAKA - JOHOR

Hari nie aku plan ngan my hub nak jenjalan belah selatan secara tak langsung melawat adik ipar kau yang baru bersalin kat melaka...aptutnyer pergi 2 kereta ngan kakak aku y sulong, tp dia on call lak, so kitorang terpaksa meneruskan rancangan nie sendirian, lelebih dah amik cuti smp isnin, hehehe isnin tue aku de urusan akademik aku...so paksa mr hub amik cuti sekali. So dah susun baik semua rancangan, + bwk my lovely parents sekali, last² this morning my mom told me juz go to melaka, no need go to johor....erm.. mcm mane nie, nak jenjalan b4 kelas start, nnt pasni aku dh bz belajar, jadi budak rajin...hahahaah rajin ker???haiiiiiiiiiii rase kicewapun ade gak nie, tp what to do, ade org nak dtg rumah mak aku, pakcik aku dr ipoh, x sedap lak xde org kat umah org nk dtg, wlpn kakak ngan adik aku ade sbg wakil...ish..ish..ktorg nak gerak sendiri without our parents, bila lagi my parents nak tgk cucu baru diorang...uish..poning kopala acik nie ngan mr hub....so pepe tggu jerlah keputusan tgh hari nie camno, jadik ker dak lawatan sambil buang duit ker selatan...hahhahahah

Nuffnang

MY HEART BEEP