Nuffnang

MY HEART BEEP

Monday, June 14, 2010

BILA HATI BUKAN DI SINI....


Pergh tajuk mcm best jerkan...hahahah hari nie sebenarnyer aku serba salah nak tinggalkan anak² aku kat rumah...Kenapa???? because xde sape kat umah, mak aku dah berangkat untuk g honeymoon ngan ayah aku utk y ker berapa kalinyer....baby sitter aku x sihat² masuk nie dh hmpr 2 minggu dia cuti sakit....bila cek xde pepe tp dia mcm kekadang tue meracau, eeee bahaya nak tgglkan anak aku, ialah org skrg nie bkn sabar sgt ngan bebudak, lelebih skrg nie bebudak makin lasak...Tinggal ngan kakak aku yang baru lek keje malam, kesian lak kat dia..aduhduhduh....So dgn keadaan x bnyk sgt keje kat opis, coz aku dah settle semua keje, makin menurun semangat nak bekerja...kekejap terbayang senyuman, suara anak aku...hahahaha jgn aku y meroyan kat opis nie sudah...masa cepatlah berlalu, aku rindukan kehadiran mereka b2...

Sunday, June 13, 2010

APA NAK JADI....

Semalam aku jenjalan ngan mr hub and my beloved children...tgh lelepak kat satu tempat nie terdengarlah satu perbualan kisah anak² antara dua beradik nie, c adik bercerita dgn c kakak...Dia sekarang risaukan anak² perempuan dia, biasalah anak² nie bila dah mula membesar, mulalah start berkawan kan..so dia citerlah anak dia y besar, c kakaklah dah ler x keje pastu skrg nie jadi driver bf dia lak..kalau dpt gaji x per jugak, ini free jer, kekadang adalah 2-3 org pakcik sedara nmpk pepagi subuh anak dia kat tgh jalan,otw balik dr menghantar bf dia....nak tegur lelebih nnt x becakap ngan kita, di katanye kita nie busybody....erm kalau naik kereta ok lagi, xdelah org kg nmpk sgt, ini naik moto, terang jelas dan nyata..makcik nie ngan suami dia pening pkkan hal anak nie...Bila di suruh kahwin jer , alasan duit x cukup lagi, mungkin betol gak kan coz skrg nie nak kawin pun mcm nak beli rumah...heheheh, Pastu dia sambung lagi pasal anak perempuan dia yang lain, pun skrg nie berkawan gak, pastu sambut c kakak makcik nie, ari tue kate dah xde kawan ngan sesape....erm nie kawan baru lah erk...Erm hehehe biasalah pada aku lah kawan biar seribu asalakan tau jaga diri dan batasan, insyaAllah semuanyer akan baik...Smp situ jer aku mendengar perbualan diorang, coz pastu mr hub dah ajak aku jalan² tempat lain...Erm susahnyerkan....susahnya nak besar dan didik anak, lelebih anak perempuan...betollah kate pepatah nak jaga lembu sekandang lebih senang drp jaga anak perempuan seorang. Aku paham perasaan makcik tue dia takut pepe jadi kat anak dia, hai c anak tak pk ker perasaan ayah dan ibu tue, xperlulah bersusah payah nk jadi "driver" pada c dia sedangkan jodoh tue blum pasti nnt menyesal ajer......Tp mamat tuepun kalau dia sayang kat minah nie, xkkanlah dia sanggup susahkan buah hati diakan, naik moto lak tue, x risau ker dia pepe jadi kat aweq dia???erm pklah sebelum kawin nie jer nak bahagiakan mak ayah, nak dgr ckp mak ayah, esok dah kawin bkn x leh bahagiakan mak ayah ,tp kalau dapat jenis suami y pentingkan diri dia jer...mak ayahpun terpaksa kita ketepikan.....Jangan kerana sayang + cinta kita buang orang y lebih menyayangi kita.....

AIA - Ayah Ibu Anak
Artist: Baji

Rarare rare rare ra
Rarare rare rare ra
Rarare rara rera rara rare rara

Janganlah engkau menangis lagi
Yakinkan amal(n?) ibu di sisi
Wahai intan seluruh (ra?)warga
Hadirmu membawa seribu warna

Kini kau lupakan ibu
Lupakan juga ayahmu
Mengapa kau begitu
Setelah sinar kau ketemu

Tidakkah kau kasihan
Ibumu sendirian
Di sini bukan syurga
Patut kau campakkan

Ayah, ayah jerit kecilmu
Setia bersila di bendul pintumu
Tangis tawa bukanlah duka
Jadi ingatan mengusik jiwa

Friday, June 11, 2010

Go Go Travel Giveaway


Ok sebabkan petang nie ada mase skit, so aku nak join contest dr my beloved BFF nie..sempena cuti² malaysia nie dia sibuk nak buat contest gak...so z aku nak try join gaklah..jeng..jeng....senang jer contest nie, juz lengkap kan ayat jer kan..." chugie ke bukit tinggi indonesia dan juga melawat kawasan....."hahahahaha melawat kawasan tue aku tmbh jer....erm ok so sesape nak join korang terjah blog minah nie...chugie. good luck gor u all dan pada mrs chugie, aku doakan ko selamat pergi dan kembali, enjoy ur holiday....cheh z tol ker erk aku teka tue...;p

Wednesday, June 9, 2010

CUTI-CUTI....

Aku baru bebetol start keje ari nie, isnin aku cuti sbb my little prince x sihat....so mls nak nyusahkan org lain, aku amik cuti jaga anak aku sendiri,gpun kalau g keje otak asik ingat kat dia jer no point g keje....Erm selasa aku half day, sbb my little prince still x sihat dan semalam aku sendiri x sihat migrain...Kalau penyakit aku y nie dtg menyerang mmg aku x mampu nak buat aper, lagaknyer mcm org kene barah thp kronik... Seharian aku terbaring jer, malam mr hub aku balik, dia bawak aku g klinik....Malas aku nk jumper pakar sakit puan, so jumper doc biasa jer, suami aku suruh gak, tkt aku pregnantker...hehehehe xdenyer....Mase akumasuk bilik doc tue, aku ingat doc tue perempuan sekali dia angkat kepala....uits lelaki hensem...hahahahah dr cina. Fasih jer ckp melayu siap bergurau senda lagi ngan aku, hilang kejap sakit pala aku....Dia tny aku nk ubat per, aku jawab jer aku nak sinflex mls aku nk amik ubt migrain aku coz tgh nyusukan haziq, nnt kesian dia terkene kesan ubt aku tue....tp sekarang nie kat opis nyesal lak x amik, migrain aku x hilang lagi....uwaaaaaaaa kalau sakit denyut² jer aku leh thn lagi, tp siap muntah bagai nie y aku x leh nk thn....X leh nak balik awal lak, coz opis aku kene jaga...bos aku g cuti² malaysia..ialah cuti sekolahkan......korang ade x pepe cara nk kurang kan sakit migrain nie???????? Minggu depan kakak aku offer ajak g pangkor semua di support by her...tp aku tolak tawaran tersebut coz aku dh cuti lame minggu nie nak lagi minggu depan mmg x dapeklh....erm xde rezeki aku.....

Wednesday, June 2, 2010

JOM BACA & RENUNG²KAN....

Aku nak share something ngan korang, juz untuk mengingatkan diri sendiri dan kengkawan....hope lepas nie kita sentiasa cepat dan x berlengah lagi....

Rahsia Solat Awal Waktu
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Waalahua’lam

Tuesday, May 25, 2010

KASIH SEORANG AYAH...

Sekarang nie banyak tol kes remaja kene tembak dgn polis kan....tak tau nk salahkan siapa sebab tak berada di tempat @ situasi kejadian...Nak salahklan polis 100%pun tak boleh, sebab mereka hanya menjalankan tanggungjawab diorang jerk, menjaga keselamatan kawasan.....nak salahkan remaja, boleh gak...kenapa nak merayap tetengah malam, atleast limitlah smp kol 11, namepun remaja...as a parents kene lah kita amik tahu perihal anak kita nie. Mcm aku dulu waktu sekolah, aku xde kuar² mlm nie...lepak kat umah jerk. tp adik² lelaki aku sure akan kuar, lelaki biasalah....selalu round kg, hehehehe...tp kol 10 x nmpk muka kat umah ayah aku akan cr seluruh kg, kalau x jumpa, ayah aku akan tunggu diorg balik dan pastu mulalah sesi soal jawab....gerun gak....ayah aku garang, ialah sesekali marah.... Tapi pas hbs sekolah dan belajar, dpt jerk lesen kete, langkah aku mmg panjanglah....tp b4 kol 12 mesti ada depan umah nak lepak smp pagipun ayah mak aku x kisah...janji dpn mata, tp selalunyer aku ajar bestfrends aku chugie lepak dlm bilik aku jer....hahahaha ntah per kitorg wat ntah, tp y pasti kekejap ketawa...Aku sebenarnyer nak citer, semalam kakak aku citer, ayah aku bgtau kawan dia jual kereta demi keselamatan anak dia..dia sanggup ker mana² naik moto jerk, mungkin dia pk lebih baik dia y berkorban drp anak dia yang terkorban...tp wahaisi anak dia akan terPK menda yang sameker? atau akan memberontak menyalahkan ayah dia???ialahkan darah muda, hati cepat panas, hope adik tue dptlah berPK cara +ve, kenapa ayah dia sanggup buat mcm tue....Mase muda remaja nie jarang kita nmpk y parents kiter sayangkan kiter, lelebih kiter dpt kawan y x dulik perasaan mak bapak, kitapun x mustahil terikut.....tp bila dh besar, umur dah meningkat tgk @ toleh ker belakang mesti x bnyk skit, mesti ade y kiter nyesalkan...tp life must go on, salah silap dulu jadikan tauladan utk kiter jadi lebih matang hari nie...Mak ngan ayah aku selalu pesan, time ayah mak ade nie korang selalulah wat endah x endah...nnt dah xde baru nk nangis rindu-rinduan....eeeeeeeee geram bila parents aku ckp mcm nie, bkn kitorg x amik pedulikpun, tp ialah hati org tua ade sajer y x kena...so sbg anak sabarkan ajer, diamkan ajer, doa y lebih utamakan....

Thursday, May 20, 2010

INFO : SUNTIKAN H1N1


Ok kengkawan semua, aku dpt info nie drp kakak aku...ialah akak aku kan nurse, sekarang kita dah bolehh dptkan suntikan vaksin H1N1 di klinik² kesihatan kerajaan....Tp aku xtaulah kalau semua klinik kerajaan ada menawarkan, cuma akak aku info kat aku mcm tue jerk...Bagi y berdekatan kawasan aku nie leh ler ambil di klinik kesihatan taman ehsan...hehehe aku x ambil lagi,InsyaAllah hari nie kot petang karang aku akan pergi ambil.Ialah bahayakan sekarang nie, OPssS pasat pembayaran tak silap aku byr RM1 jer , oklah tue kan kalau tdk harga dia RM300+++...So kengkawan aper lagi jom survey klinik kesihatan yang ada menyediakan vaksin nie, mencegah lebih baik drp merawatkan....OPss lupa nak ckp suntikan nie hanya untuk org dewasa berumur 18 thn hingga 65 thn ker bawah...Sebab lepas dpt suntikan nie, kalau antibodi kita tak kuat @ badan kita lemah...kita mungkin akan merasa sakit², lenguh² badan....Untuk keterangan lanjut sebelum ambil suntikan tny kat jururawat² @ Dr² tue erk....

Nuffnang

MY HEART BEEP