Aku nak share something ngan korang, juz untuk mengingatkan diri sendiri dan kengkawan....hope lepas nie kita sentiasa cepat dan x berlengah lagi....
Rahsia Solat Awal Waktu
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .
Waalahua’lam
’Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama” Maksudnya: “Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa”
Wednesday, June 2, 2010
Tuesday, May 25, 2010
KASIH SEORANG AYAH...
Sekarang nie banyak tol kes remaja kene tembak dgn polis kan....tak tau nk salahkan siapa sebab tak berada di tempat @ situasi kejadian...Nak salahklan polis 100%pun tak boleh, sebab mereka hanya menjalankan tanggungjawab diorang jerk, menjaga keselamatan kawasan.....nak salahkan remaja, boleh gak...kenapa nak merayap tetengah malam, atleast limitlah smp kol 11, namepun remaja...as a parents kene lah kita amik tahu perihal anak kita nie. Mcm aku dulu waktu sekolah, aku xde kuar² mlm nie...lepak kat umah jerk. tp adik² lelaki aku sure akan kuar, lelaki biasalah....selalu round kg, hehehehe...tp kol 10 x nmpk muka kat umah ayah aku akan cr seluruh kg, kalau x jumpa, ayah aku akan tunggu diorg balik dan pastu mulalah sesi soal jawab....gerun gak....ayah aku garang, ialah sesekali marah.... Tapi pas hbs sekolah dan belajar, dpt jerk lesen kete, langkah aku mmg panjanglah....tp b4 kol 12 mesti ada depan umah nak lepak smp pagipun ayah mak aku x kisah...janji dpn mata, tp selalunyer aku ajar bestfrends aku chugie lepak dlm bilik aku jer....hahahaha ntah per kitorg wat ntah, tp y pasti kekejap ketawa...Aku sebenarnyer nak citer, semalam kakak aku citer, ayah aku bgtau kawan dia jual kereta demi keselamatan anak dia..dia sanggup ker mana² naik moto jerk, mungkin dia pk lebih baik dia y berkorban drp anak dia yang terkorban...tp wahaisi anak dia akan terPK menda yang sameker? atau akan memberontak menyalahkan ayah dia???ialahkan darah muda, hati cepat panas, hope adik tue dptlah berPK cara +ve, kenapa ayah dia sanggup buat mcm tue....Mase muda remaja nie jarang kita nmpk y parents kiter sayangkan kiter, lelebih kiter dpt kawan y x dulik perasaan mak bapak, kitapun x mustahil terikut.....tp bila dh besar, umur dah meningkat tgk @ toleh ker belakang mesti x bnyk skit, mesti ade y kiter nyesalkan...tp life must go on, salah silap dulu jadikan tauladan utk kiter jadi lebih matang hari nie...Mak ngan ayah aku selalu pesan, time ayah mak ade nie korang selalulah wat endah x endah...nnt dah xde baru nk nangis rindu-rinduan....eeeeeeeee geram bila parents aku ckp mcm nie, bkn kitorg x amik pedulikpun, tp ialah hati org tua ade sajer y x kena...so sbg anak sabarkan ajer, diamkan ajer, doa y lebih utamakan....
Thursday, May 20, 2010
INFO : SUNTIKAN H1N1

Ok kengkawan semua, aku dpt info nie drp kakak aku...ialah akak aku kan nurse, sekarang kita dah bolehh dptkan suntikan vaksin H1N1 di klinik² kesihatan kerajaan....Tp aku xtaulah kalau semua klinik kerajaan ada menawarkan, cuma akak aku info kat aku mcm tue jerk...Bagi y berdekatan kawasan aku nie leh ler ambil di klinik kesihatan taman ehsan...hehehe aku x ambil lagi,InsyaAllah hari nie kot petang karang aku akan pergi ambil.Ialah bahayakan sekarang nie, OPssS pasat pembayaran tak silap aku byr RM1 jer , oklah tue kan kalau tdk harga dia RM300+++...So kengkawan aper lagi jom survey klinik kesihatan yang ada menyediakan vaksin nie, mencegah lebih baik drp merawatkan....OPss lupa nak ckp suntikan nie hanya untuk org dewasa berumur 18 thn hingga 65 thn ker bawah...Sebab lepas dpt suntikan nie, kalau antibodi kita tak kuat @ badan kita lemah...kita mungkin akan merasa sakit², lenguh² badan....Untuk keterangan lanjut sebelum ambil suntikan tny kat jururawat² @ Dr² tue erk....
Tuesday, May 18, 2010
CEPATLAH...MASA
Ari nie aku penat sgt, dr pagi aku bz,rase sepanjang keje kat opis aku nie x pernah aku sebz nie...mana tak bznyer, kerja 3 org aku buat sorang.....mata nie dh sakit, kaki dah lenguh, aku berdiri kat mesin photostate kat 2 jam....adoiyai bos sayang cptlah dptkan pembantu utk aku...dah x thn nie...increament takde ker? hahahahahaha bkn x ikhlas buat keje nie, ikhlas kerana Allah, tp kalau berlanjutan mcm nie....tak terkejar aku.....tdo opislah aku nmpk gayanyer, cian kat my little princess & prince....study aku laik...huhuh interview akan dtg nie harap berjayalah dgn demerlang dan terbilang...heheheh
Monday, May 17, 2010
CERITA KISAH "MY LITTLE PRINCES"............
Semalam seharian aku duk rumah jer, coz mr hub keje....tp pagi tue aku sempat bwk my little prince g klinik, sbb batuk dia teruk, smp kene nemolizer ( btl erk ejaan nie???)....sedey sgt time tgk dia sedut tue, bkn sbb dia asma, tp nak bg kahak dlm peparu dia pecah....coz nafas dia dh berbunyik..memacam dugaan bulan nie....Erk bkn nak citer pasat mende sedey, tp nk citer pasat mende kelakar....Anak aku my little princess, skrg nie otak dia makin ligat, urat² dlm otak dia cepat benor bercantum, mcm iklan susu anmum tue...tollah kesan dia cepat...anak makin bijak... Semalam disebabkan adik dia x sihat so 70% tumpuan aku kat adik dia, sbb risaukan jadi pepe...dia lak boleh buat perangai merajuk, xdelah merajuk pepun juz ckp y seoalah² dia x di pedulikan...bila aku layan adik dia kejap mulalah ayat dia " ibu...imanpun xde ayah"....aku paling kat dia...ayah kejelah ibukan ada....dia sengih, sbb aku dh mula tumpukan perhatian kat dia...pastu bila adik dia merengek, aku layanlah adik dia semua...haaaaaa mulalah ayat dia balik " kesian iman, imanpun xde ayah"...arghhhhhhh aku tensen....last² akupun ckp balik ibupun xde suami...hehehe Bkn aku x melayan dia, cuma kurangkan skit tumpuan jerk...eeee geram pulak ngan mulut dia tue bila mengomel mcm tue...bila aku melayan dia...dia ok jer ...heheh cara dia nak bermanja ngan aku...tp geramlah bila dia ckp mcm tue....Pastu bila aku citer ngan kakak aku, diapun bukalah cerita, a'ah mmg skrg dia ckp mcm tue, bila time aku ngan mr hub xde, org x pedulik sgt dgn dia mulalah ayat dia " kesian iman nie ibu keje ,ayah keje"...bkn sekali, tp berulang kali smp org tumpukan perhatian kat dia...hehehe anak² korang laks mcm mane??? bila diorg dh pandai borak nie yang best melayan....hilang rase letih ,sedey kat hati kat otak nie....
Thursday, May 13, 2010
BERITA BAIK....
Kebelakangan nie banyak mende happen kat atas diri aku, kekadang buat macam berputus asa, berpatah hati...alhamdulillah aku masih kuat semangat dan masih ada tulang² belakang aku yang masih berdiri teguh di belakang aku....thanx to all of you....Dlm keadaan hati x berapa nak best, otak x berapa nak fresh...jiwa x berapa nak ok, mental x berapa nak stabil, aku dpt good news...heheheh aku dpt interview....alhamdulillah , harap kali nie berjayalah aku meloloskan diri...Aku x ingat brp kali aku try for this interview, tp mmg susah, tp kali nie aku nekad aku aku akan cuba yang terbaik...Kengkawan doakan kejayaan aku yer........hope dptlah jawab dgn mudah...dan berjaya kali nie....AMIN...
Hari nie aku free skit, so nak tolong member aku meniaga + buat promotion....Heheheh sesape yang nak beli tudung ker, kain ela ker, anak tudung ker, pepe jerlah yang berkaitan korang click jer kat banner atas tue. Dia akan membawa korang ker satu alam shopping online yang best...Harga????? aku ckplah mmg berpatutan...kain mmg berkualiti..aku kalau mls sgt nk singgah pasar ker, pasaraya ker, aku juz g kat uptown online nie jer...hehehe mudah skit...di hujung jari....So kengkawan jom tolong majukan org melayu nak berniaga......Harga kalau ambil bnyk insyaAllah boleh diskaun....hehehe korang kene pandai bodek skit...mcm kiter tawar menawar kat luar jugaklahkan....
Subscribe to:
Posts (Atom)


