Nuffnang

MY HEART BEEP

Wednesday, October 27, 2010

HAHAHAH SURPRISE...NANTIKAN...


Pergh tajuk x hengat...kui!kui! sebenarnyer aku ade nazar sesuatu, nazar tue, kalau nazar kenelah tunaikan so, kepada kengkawan blogger tggu erk per y aku nazarkan tue, nnt aku cerita...skrg nie xleh nak bgtau sbb aku tgh bz nak exam....huhuhuh x studypun lagi.....monday nie dh ler paper susah....erk tercerita pasat exam lak....lari topik tol....erm oklah tggu kau finish my exam....baru aku leh kecoh-kecoh kat korang per y aku nazarkan......surpriseeeeeee tungguuuuuu..mcm artis lak;p

Monday, October 25, 2010

CERITA PENDEK PENUH ISI TERSIRAT....

Bila baca kisah nie bebetol sayu jer, teringat mak ayah y dah tua di rumah....sudah ker kita menunaikan tanggungjawab kita pada mereka, sudah bahagiakah mereka bila kita dah membersar nie...ker kita masih menyusahkan hati tua mereka, semoga kita semua menjadi anak y di sayangi kedua ibu bapa...walaupun tidak mampu mernhadiahkan berjuta wang ringgit & emas permata, cukuplkah kita membahagiakan mereka bkn sahaja di dunia tapi di akhirat dgn menjadi anak -anak y soleh dan solehah......

Pencil: I'm sorry

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad..

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

p/s : bila kene marah kita ingat mak ayah dah x sayang kitakan, tp hakikatnya mereka sayanglah mereka marah, mereka peduli hal kitalah mereka tegur....kiter jer nk memberontak...berlagak....ari nie kita buat pada mereka , one day anak-anak kita akan buat kat kita lak.....

Friday, October 22, 2010

MY FINAL DESTINATION

Pergh tajuk....hebatkan...heheheheh tp mase aku dpt gambaran final destination nie, aku menangis otw g keje....Pagi tadi mase aku nk g keje, aku nmpk ayah aku start moto nk g kedai...tetibe jer bayangan nie muncul depan mata, dan harapnya xkan jadi kenyataan sampai bebila.....Aku nmpk moto ayah aku kene samabr ngan sebiji kereta, aku menjerit sekuat hati "ayahhhhhhhhhhhhhh" terus turun dr kereta, wlpn mase tue kerta aku tgh jalan aku dh x pk dah, aku pk ayah!ayah!...aku berlari masuk rumah jerit kat kakak aku, ayung!ayung! ayh kene langarr cepatlah...imah nmpk...lepas ckp mcm tue, air mata dah merembes keluar laju...aku terus berlari ...jauh gak ayah aku tercampak, smp jer aku tgk ayah dah lemah, darah keluar dr merata² tubuh ayah...aku menangis ,menjerit sekuat hati kat org y langgar ayah aku, ko pembunuh bawak kete mcm pelesit dah tau jln kampung...kakak aku smp jer, terus tny ambulance dah call ker blum, aku geleng, terus dgn cepat aku mintak tlg org y ade kat situ mintak angkat ayah aku...aku nk hantar ke hospital.....aku benci tgk org y langgar ayah aku,sakit hati geram...aku xleh pk...dlm perjalanan aku call semua org menangis teresak² bgtau ayah xcident.....mak???aku hny pk ayah aje buat masa nie, berdoa moga ayah dpt di selamatkan...tpppp Allah lebih menyayangi ayah...ayah pergi jua....bila dah relax skit, baru otak aku leh berfungsi, tp pada org y langgar ayah masih aku xleh terima.....aku balikk dr hospital, tlg persiapkan rumah pepe y patut, sebelum jenazah smp, kakak aku hny leh ckp kuatkan semangat, air mata x berhenti mengalir kat pipi ktorg...mak brp kali pengsan...arghhhhhhhh kenapa mcm nie....aku bencilahhhhhhhh knp ayah????aku x puas lagi bermanja, x sempat lagi membahagiakan ayah....arghhhhhhhhhhhh Ya Allah kuatkanlh imanku, semangatku....erm selesai semua majlis pengebumian,aku masih lagi menyendiri......hilang seluruh semangat aku, mungkin sbb aku y nmpk mcm mane ayah di langgar.....suami aku ckp, tiap mlm mesti aku meracau menjerit nama ayah...........arghhhhhhhhhhhhh.......Astaghfirullah halazim.....mcm mane aku leh dpt bygn nie pagi nie...hakikatnya aku xnk pun dan pepun jadi, aku tselalu mendoakan aku, kedua ibu bapaku, mentuaku, suamiku,anak²ku, adik beradik ku, sahabat handaiku di ambil dlm keadaan beriman padaNya...jgnlh di ambil dlm keadaan sebegini....
Sebenarnya saat aku taip cerita nie badan aku masih rase menggigil, hati aku masih rase berbekas....air mata aku masih bergenang...aku takut. utk kehilangan insan y bnyak berjasa pada aku, aku tkt aku x sempat membahagiakan insan² itu....

Sunday, October 17, 2010

SIMPLE TP PENUH PENGERTIAN...



When U were born, U were crying & everyone around U was smiling. Live Your Life so that when you die, you're the one who is smiling & everyone around you is crying

KALAU KORANG, PER KORANG RASA???


Pagi tadi mase aku dtg keje, jalan jem....kete aku bebetol belakang van nie...kalau korang kat belakang van nie per korang rasa dan pk??? mase aku tgk pemandu van nie seorang india aku pelik, kenapa india yang drive van nie????jeng...jeng... oooooo mungkin van nie rosak kot, tgklah no platepun tertanggalkn... Aku pk lagi, kalau lah tetibe ade "sesuatu" menjenguk di sebalik langsir van nie, haaaaaaaaa apa jadi kat aku erk???sesiang haripun leh pk kan "sesuatu" tue kan..mengong tol aku...Pastu aku terpk lagi, bersedia ker aku nak naik van nie erk???x kisahlah sama ada aku y berada dlm "tempat" tue @ aku teman seseorang yang aku sayang....aku tau setiap org pasti akan naik kenderaan nie, x kiralah skrg nie korang ade myvi ker, bmw ker, mercedez ker, kapal terbang ker...korang akan tetap merasa naik van nie.....tp bersediakah kita???ikut aku mmg xsedia, bnyk mende lagi,anak-anak aku nk besarkan, study blum habis lagi, sbg isteri lum cukup solehah lagi aku nie....eeeee bnyklh mende, tp lagi lama hidup lagi bnyk wat dosa....heheeheheh...tp bersedia @ tidak sampai masa kita kene hadap gak....kene redha gak...huhuhuh

Friday, October 15, 2010

INFO : JOM BACA..PENTING NIE


Heheheh aku dpt nie dr fb gak, so sbbkan x semua org rajin godek fb, so aku copy paste kat sini untuk kongsi ngan kengkawan semua....ialah kitakan dah meningkat dewasa, ada y bakal jadi ibu bapa, dan sudah jadi ibu bapapun...so info mcm nie penting utk kita tau..especially saper y ade taska....jom baca....


Mengatasi masalah kuat marah pada anak

Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa.

Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’.

Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya.

Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya

Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakanrahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

AKU SUKA AYAT NIE...




"Di sini yang tersurat adalah yang tersirat, menulis di atas dasar yang mudah. Keikhlasan, kejujuran, kebenaran dan kehidupan. Aku di dalam perjalanan yang panjang, bermusafir di usia muda. Aku seorang saliq yang ingin terus istiqamah dengan taksub. Aku jua sekerdip Nur Muhammad seperti kau dan dia. Aibmu adalah aibku. Rahsiamu adalah rahsiaku. Terjadi, hanya bila kau makrifat akan dirimu."

Monday, October 11, 2010

AKU MC SEBAB.....



Semalam aku mc, huhuhhuhu mmglah best dapat cutikan wlpn cuti sakit, janji bersama anak-anakku + mr hub aku turut cuti semalam....bkn sesuka mc tau, aku mc sbb aku jatuh bilik air semalam....semalam pas mandikan my little prince, ntah mcm mane kuar jer dr pintu bilik air tue, licin kot, gedebush aku jatuh, alhamdulillah anak aku xde pepe, aku peluk kuat....pastu tgk tangga kat sebelah dah goyang² doa jer dlm hati, tangga tue x jatuh kat atas kami...alhamdulillah dia jatuh ke sebelah sana....erm now aku tgh menahan sakit badan yang teramat...doc bg cuti sehari jer, dan akupun mcm malas nak g smbg mc lagi....tp mcm internal aku sakitlh...huhhuhuuh..sakit perut, pinggang...tengkuk...semualah satu badan...nk tekan minyak mase drive pun terasa sakit nyer...


aku pk kalau aku pregnant, confirm dah gugurlah sbbnyer mase aku jatuh tue mmg kuat...smp suami bleh dgr kat ruang tgk tv....

Tuesday, October 5, 2010

"TANYALAH USTAZ"



Korang pernah tgk x rancangan nie?Bagus tau....rancangan nie pepagi...so kalau y pergi keje awal tue xdptlah tgk kot...Pagi tadi aku dengar sekejap, time dia baca doa...adush doa dia menusuk ke kalbu....ustaz saper , aku x perasanlah sbb time tue aku dh bz nak siap g keje.....Aku nak kongsi doa tue, tp x berapa nak ingat, tp doa tue mmg best...nnt kalau aku dpt cr aku sharekan erk, coz doa tue merangkumi semua tentang kehidupan kita, ibu bapa kita, anak tangga kita, rumah tangga kita....

Monday, October 4, 2010

KERANA SEBUAH DENDAM AKU....

Semalam aku buat tajuk nie kat FB aku, so dptlh bermacam feedback dr kengkawan aku. Terima kasih kengkawan sbb caring kat aku...erm aku sebenarnyer bknlh seorang y pendendam...dan jenis y cepat cool...tp bila satu mende nie happen, aku tetibe jadi geram, bengang, sedih, 1001 raselah y membuatkan aku berdendam..kes per???xperlh biar aku jer yang tahu, tkt nnt terlepas kat sini, keadaan jadi makin buruk...Mmglah aku berdendam sbb sakit hati bengang kat org tue, tp xdelah aku nak membalas dgn cr y bodoh....org y x gunakan otak, dan xde pendidikan jer akan balas dgn cr y same org sakiti hati kita...bak kate member aku ease kiter guna physicology....kira guna akal pkran y bijak cerdik Allah kurniakan pada kitalah. Aku tetap mendoakan kebaikkan dia, doakan kebahagiaan dia.....Wlpn sesekali mende tue terlintas wat aku hilang pertimbangan sbb ikut hasutan syaitan....hehehe ialah makin sakit hati, luka makin berdarah......tp alhamdulillah aku still under control.....Pada insan yang amat aku "sayang" tue, aku doakan ko bahagia dan gumbira dgn kehidupan ko dunia dan akhirat, tp jangan ko cemburu @ tidak gumbira bila aku adalah insan yang lebih bahagia dan gumbira hingga ker syurga nanti......sayang x semestinya bersatu...hahahah ade kene mengena ker nie?????

Nuffnang

MY HEART BEEP