Nuffnang

MY HEART BEEP

Thursday, June 24, 2010

BACALAH DGN HATI, TIMBANGKAN DGN AKAL, TAFSIRKAN DGN PERBUATAN...

Aku dapat info nie dr mr hub....so ari jumaat penghulu segala hari, aku nak share ngan kengkawan semua, semoga kita dapat sesuatu y bernilai....

Semoga ia akan memberi peringatan kepada kita semua. Sesungguhnya hanya ALLAH saja yang maha mengetahui keadaan hamba2 Nya ketika berada di sana. Ini adalah GAMBARAN Alam Mahsyar. Semoga ia akan memberi peringatan kepada kita semua.

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.
Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
15. 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105)
"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

Tuesday, June 22, 2010

CERITA TENTANG "BERPANTANG"

Gambar nie ehsan dr google...hehehe

Aku nak borak pasat kes pantang berpantang orang bersalin nie, org berpantang nie ada mcm² cara, depends pada org y menjaga kita dlm pantangkan..kalau simple org tue jaga, simplelah pantang kiter, mcm aku mmg jgn haraplah ktorg adik beradik mase dlm pantang mcm kene jaga ngan guru disiplin...garang tue, hehehe mak aku yang jaga ktorg dlm pantang...Mak aku bab pantang bersalin nie mmg tegas, sbb dia kate badan nak pakai lame, xkn anak baru 2 orang badan dah benyek, bla..bla..bla...mak aku bebel lagi xleh nk taip kat sini sbb bnyk nasihat y berunusur keras dan sensor...hahahahaha...So sebabkan kitorang nie mmg dididik berpantang ikut rules mak aku, so bila tgk org lain pantang mcm simple jer, kitorang jadi mcm " erk senang jer, x sakit badan ker nanti???? boleh ker mcm tue???" ikut orglah kate mak aku...yang penting mak dah turunkan ilmu kat korang...So bebaru nie adik ipar aku bersalin, isteri adik aku lah kan,mlm td adik aku balik dr kampung wife dia terus duduk depan kitorang bz tgk tv mengadu....kenapa wife dia berpantang x same mcm ktorg pantang...Kitorangpun pakatlah tny, kenapa, ialah dia ceritalah bnyk y ktirog buat wife dia xkene buatpun, hehehe ktorg terpaksa xplain kat dia x same pantang orang nie, ada y simple ade yang tegas straight mcm mak tue...dia still rase x puas hati, dia dh nekad nak bawak bini dia balik sini, biar mak aku jaga lak mcm jaga ktorg...ish ktorg nasihatkan dia, jgnlah dah ler anak dia cucu sulung nk buat mcm tue, kat org tua, ktorg ckplah kalau dia lek kg sane, jglah bini dia, so mak aku turunkanlah ilmu berpantang kat dia, y lain²y remeh tue, nnt bila wife dia lek sini, baru mak aku tlg buatkan...hehehe sayang bini gak adik aku nie...;p So korang lak mcm mane korang berpantang simple ker atau staright mcm aku kene? carut marut...heheheh itu jer cara nak sedarkan org muda sekarang nie y bnyk degil....Tapi pada aku berpantang mmg seksalah drp bersalin...uish....

Sunday, June 20, 2010

STORY MORY TENTANG KISAH SEMALAM....

Nie cerita ari ahad kelmarin, nak publish tp x sempat coz bz sangat....bos cuti sehari jer, tp tinggal keje macam cuti seminggu...xleh nk curi tulang...hahahaahh.erm ok sambung story sbbkan ari ahad adalah fathers day + my mr hub befday so grandlahkan..hahahha grand ker???tetengah bulan nie..;p. Erm so pepagi lagi dah bangun, bkn utk wat sarapan tp nak pergi berjalan terus....memula rancang nak pergi pasar karat kat shah alam, tp settle cuci kereta jer dah pukul 11, so ktorg batalkan jer hasrat, sbb panas sgt nnt kesian kat bebudak....cuaca x menentu mcm skrg senang dpt demam, so g sarapan + lunch dulu kat sg buloh, hehehe sbbkan plan pertama dah cancel ktorg dah jadi x sure nak kemana, baju spare sbb mr hub kate nak bwk bebudak g genting, tp hati aku mcm x berapa nak best naik genting...nape ntah, so aku dh tukar plan, aku ajak g cameron lame suami aku pandang aku, mesti dia pk bini dia nie weng ker per, lastly suami aku ckp, x sempat takut balik nnt jam, mlm dah ler ade sambutan fathers day ngan our beloved fathers....so x jadi g cameron...erm g laut nak x aku tny, ok laut mane??? hehehehe ntah, PD nnt tkt balik x sempat ialah org baru lek dr kg ,esok dah start sekolah...erm...hahahah pusing dr utara ker selatang, barat ker timur, sbb aku mls nak masuk shopping complex.....bosan asik jenjalan jer g shoping complex...ktorg sajer buang minyak kete..hehehe dlm duk bincang berbincang ktorg sepakat pergi sini............


v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

Last aku pergi sini, ari ahad lepaslah...hahahaha tp y terakhir mase muda belia dulu x silap aku aku kecik lagi, mase sekolah rendah...nie mcm tmn rekreasi yang wajib di lawati mase aku kekecik dulu, berkelah lah,naik basikal air,tgk petunjukkan anjing laut, dan macam² lagilah...binatang diapun muda belia lagi mase aku pergi dulu, tp ahad lepas aku pergi adoiyai same agaknyer umur binatang tue ngan umur bapak aku, dah tualah, x larat jer aku tgk, pastu kebanyakkan semuanyer tdo, penat kot sbb 2 minggu cuti sekolah asik kene menghiburkan pengunjung jer...hahahah so ari ahad mase utk berehat...;p Aku x sempat nk snap pepe gambar sbb camera wat hal, erm tensen jerk hati....Tp binatang y paling aktif mcm biasalah monyet dan sepupu sepapatnyer...mmg aktif siap ade y bergaduhlah...hahahahah...Anak - anak aku, gumbira jer dpt tgk binatang...ialah jarang kan dia dpt tgk real, selalu kat astro y memacam ada tue jer....Mahal gak yuran masuk dia RM20 utk seorang dewasa, budak umur 5 thn kene byr RM8 x silap aku...dulu mase kecik murah jer....hahahahah harga y perlu di bayar zaman sekarang....So korang g lah bwk anak² jenjalan tgk binatang kat zoo, org datingpun ramai tau....hehehehe akux pernah dating kat zoo negara dulu;p

Friday, June 18, 2010

20HB 06 2010.....



Esok adalah antara tarikh yang bermakna dlm hidup aku, dan makin bermakna untuk tahun nie kenapa????? coz esok befday mr hub + fathers daykan...ehem apa present aku nak sediakan nie erk....tgh pk² lagi, kalau tahun lepas aku buat kejutan ngan ank aku kejut dia sambut kat umah jer...tahun sebelum tuue aku wat surprise antar kek + bunga kat opis dia.....tahun nie tak tau aku nk watper???? hadiah per nk bagi erk??Jam? dah biasa aku bg dia, wallet??? baru jer tukar, eerm tp petang nie smp mlm nie aku nak bwk dia kuar spent time, nak g mane erk???? genting? tepi laut? candle lite dinner? takut x leh nak candle coz ade my little princess & prince, kang angkut terus antar dia balik umah mak bapak dia nanti...hahahaahha bagi idea skit uits....poning nie....pk² nanannana...
To all kaum bapa aku ucapkan "appy fathers day" hargailah panggillan ayah, papa, abi,walid, abah dan sebagainya, semoga semua bapa² nie dapat menjalankan kewajipan sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab dan penyayang.....Pemimpin yang terbaik bila seseorang tue mampu memimpin keluarganya ker jalan yang di redhai dan benar...

Thursday, June 17, 2010

MALAM TADI AKU TERFIKIR....

Semalam masa aku tengah kemas² bilik, aku tgk ada satu beg plastik tue macam dah kene gigit dgn something, adush hati aku dah x sedap nie, terus panggil mr hub mintak tlg cnfmkan...cnfm cik CT dah masuk bilik aku, aits bilik y xbnyk barangpun dia leh masuk, terus aku suruh mr hub aku stay dlm bilik teman aku...hahahah aku mmg penakut dgn cik CT nie, geli mungkin...pernah mase aku kemas² tetibe dia tercongok depan aku per lagi berlari aku ker dapur panjat meja dapur, aku dah menangis terjerit², my little prince leh gelak mengekek kat aku ingat aku wat show kat dia...sabar jerlah...smp pembatu umah tue g buang, baru aku turun dr meja makan...aku mmg penakutkan...Ok bukan nak ceritakan pasat ketakutan aku erk, cuma malam td smbl lipat kain baju di temani mr hub tercinta, aku tpk sedangkan kat sinicik CT aku dah geli, takut, menangis, mcm mane bila dlm kubur nanti erk????takut ker, ngeri ker, geli ker, nangis ker aku sensorang jer, mr hub xde, pembantu umah xde, nak tolong aku kat dalam sana, hanya doa dr mereka dan anak² jer....Bila pk mcm tue, terasa insaf, dahla bnyk dosa secara langsung @ tidak tp tetap dosakan...adush, semalam rase nk menitik air mata nie bila tpk kan hal tue, tp aku tahan jer sbb dpn mr hub, kang dia tny xtau nk jawab per...Semoga taubatku di terima Allah....Walaupun berusaha kadang kala terlalai gak dengan dugaan yang datang menimpa...tiang pun kekadang x cukup 5. Makin nk jadi baik makin kuat lak dugaan, tp moga Allah kuatkan semangat aku dan sentiasa kuatkan iman aku terus berada di landasanNya....aminnn

Wednesday, June 16, 2010

TAKUT TERJADI...

Xde saper dlm dunia nie kalau berkahwin nak berceraikan, tp kalau menda tue terjadi pada diri sendiri mcm mane nak hadapinya...Kalau xde permata hati mungkin hidup lebih senang di urus, jadi mcm bujang dulu, tp andai ada permata hati, mcm mane nak uruskan???Andai pasangan pergi menjemput Ilahi, lain masalah nak kene hadapi, pertanyaan demi pertanyaan dr si kecil mesti meruntun hati dan perasaan kitakan, Andai berpisah hidup, mesti c kecil turut rase tertekan kan..ialah kenapa mak ayah org lain boleh tdo sekatil, duduk sebumbung tp nape mak ayah dia x boleh????Penceraian terjadi atas bnyk sebab, kita sebagai org dewasa x boleh pentingkan hati dan perasaan kita ajer, x boleh juga terlalu pk kan perasaan anak...kita kene bijak atasi masalah mcm nie, bak kate pepatah tarik rambut dlm tepung, rambuttak terputus tepung x berselerak...Erm utk yang tidak tau @ mengalaminya mesti hebat berkata dan memberi nasihatkan tp utk yang hadapinya, melalui setiap detik tue, kuatkan semangat, tabahkan hati....percaya pada setiap kejadian yang di tentukanNya pasti ade hikmah y tersembunyi...Andai perpisahan terjadi kerana kesilapan kita, muhasabahlah diri kita,setiap yang silap pasti ada pembetulannya...Jangan asik menyalahkan satu same lain @ diri sendiri atas tiap yang terjadi, tp renungkanlah bagaimana utk di perbaiki moga kesilapan yang same tidak berulang di masa hadapan..Perpisahan hanya terjadi antara kita dan c dia, kenapa nak libatkan c kecil????hargailah c kecil same mcm kita dan c dia duduk sebumbuing perliharalah perasaan dia agar tidak terguris, moga bila besar kelak dia tidak rase sedikitpun kekurangan malah bahagia dan gumbira walaupun cara hidup dia berbeza seperti teman² yang lain...Bila kita dan pasangan tidak bersatu tidak semestinya kite x pernah boleh menjadi kawan kpd dia, walau apapun sbb dan puncanya, ada hati dan perasaan y lebih penting utk di jaga..percaya padaNya hikmah y tersembunyi pasti sejuta lebih baik....

Nuffnang

MY HEART BEEP