Nuffnang

MY HEART BEEP

Sunday, June 27, 2010

KATA² ITUKAN SATU DOA

Pagi tadi aku dengar radio sinar, aku mmg suka dgr diorg nie berceloteh pastu topik pagi yang diorang bukapun seronok....So mase otw nak g keje tadi sempatlah aku dgr beberapa kisah antaranya kisah pasal lori jual tilam...pastu adelah sorang pemanggil lelaki nie call, depan rumah dia selalu ade lori tilam nie lalu lagu dia laks " tilam lama tukar baru" tilam lama tukar baru", pastu wife lelaki nie mesti sahut " org lama tukar baru" org lame tukar baru" lawakkan....so dia selalu ckp ngan wife dia, jgnlah ckp mcm tue, nanti jadi bebetol baru tau...bila menda tue mmg kerap berlaku, tiap kali lori tilam nie lal, wife diapun akan nyanyi y same....dia ketawa jer...so one day wife dia duduk jumper dia , ckp bebaik nak minta cerai..haaaaaaaaaaaaaa kan dah jadi kenyataan kate penyampai radio sinar, wife dia dah nak tukar org lame ngan org baru....hehehe dia ketawa jer, lelaki nie mmg relax, dia lepaskan wife dia, mungkin adalah lelain perbincangan...so skrg nie bila lori tue lalu jer depan umah dia, dia leh ketawa teringat nyanyian bekas isteri dia...tuelah kita bila nak berkata² tue kene berpada²...hehehe mane tau time tue malaikat aminkan.haaaaaaa kala enda baik alhamdulillah, kalau menda y tak baik nauzubillah...so beringatlah yer kengkawan jangan kerana mulut badan binasa....

GERMAN vs ENGLAND

Sebenarnyer sepanjang piala dunia berlangsung aku x amik kisahpun, tp semalam bila mr hub aku ckp german lwn england terus aku terasa nak tgk,so aku mmg sokong GERMAN dan mr hub aku sokong ENGLAND....so kitorang sepakat lepak umah mak aku semalam dgn semua adik beradik berkumpul ...Aku ngan abgngah aku jer sokong germanyang lain semua england....so bila goal pertama german, aku menjerit sakan...smbl kutuk mr hub..hehehe bengang jer dia.....Pastu bila bila masuk gol ker 2 lagilah aku sorak bagai....pastu England masuk 1, melompat mr hub aku, smp...aku ketawa jer....heheh aku sebenarnyer xdelah per sangat, saje nk bakar semangat dia...Tapi aku kesian gak kat England coz satu gol dia x di kira....seluruh peminat england kat umah aku time tue emo x ingatlah...tp aku ckplah alaaa sabarlah kalau kirapun nnt german menang 4 x guna gakkan...heheheeheh bengang jer diorg...separuh mase kedua aku dah masuk bilik nk tdokan my little prince, tp baru jer my little prince nak terlelap suami aku dah menjerit...."yang cepat dah 4-1" terus aku kuar gelakkan diorg, muka sensorang dah ngalahkan cemberut....Kesian diorang.....hbs jer perlawanan aku terus angkut my little prince, mr hub angkut my little princess masuk bilik tdo....ngantuk + frust ( mr hub aku lah...) kol 3.45 pagi aku tersedar, wat milk utk my little princess tgk argentina lawan mexico 3-0 time tue, tgk result dah tau saper menang, terus tutup tv smbg tdo...inform mr hub result bola....

Friday, June 25, 2010

HAH " BERCERAI????"



Semalam aku luangkan masa tengok berita setelah berhari² xde kesempatan nak tgk berita sbb org kat rumah tue tgh gila bola, ulanganpun diorg tgk gak...panas jer hati....heheheeh. So berita tergempar yang menarik minat aku adalah ANNE NGASRI SAH BERCERAI TALAK 3, erm dah smp jodoh dia kat situ, dan mungkin itu yang terbaik buat diorang....apa punca masalah diorang aku x selidikpun, ialah dalam rumah tangga nie kalau x sabar mende kecikpun boleh jadi sebab bercerai...Menurut berita yang aku dengar dia di ceraikan 3 kali dbermula tahun lepas, tapi yang aku x puas hati dan geramnyer masuk kali ker 3 talakdi jatuhkan suami dia dah 2x ceraikan dia dlm keadaan dia mengandung....arghhhh nie yang wat aku berangin dan marah, x tau hukum hakam ker ????????? kan haram jatuhkan talak ker atas perempuan yang sedang mengandung.....eeeee tak takutker dosa???eee marahlah....Aku paham jodoh diorang mungkin dah tersurat kat situ, tp tgklah keadaan isteri tue dulu, janganlah pentingkan keadaan pada waktu tue jer...grrrrrrr, Tapi siapalah aku , hanya org luar y tak berhak nak berkata apa², dia pun dah sah di jatuhkan talak 3, tapi pada kengkawan di luar sana, kalau pepun jadi dalam rumah tangga , hingga memaksa kepada perpisahan , pastikanlah sang isteri tue dalam keadaan kosong, bkn berisi dalam erti kata lain mengandungkan anak korang....erm...semoga rumah tangga kita semua di lindungi drp perkara sebegini...amin

SPECIAL 4 "PRETTY ZAZA"



Disebabkan aku terlalu sibuk semalam, hahaha sibuk sgt ker erk semalam @ sebenarnyer terlupa....erm sibuk dgn blog aku y dah jadi per nie skrg, dan masih lagi tgh sibuk membetulkan...smp aku terlupa semalam adalah befday member aku nie, so liz aku wat special N3 untuk ko...aku doakan ko semoga panjang umur dan di murahkan rezeki, di percepatkan jodoh...hoper all ur dreams come true....amin

Thursday, June 24, 2010

BACALAH DGN HATI, TIMBANGKAN DGN AKAL, TAFSIRKAN DGN PERBUATAN...

Aku dapat info nie dr mr hub....so ari jumaat penghulu segala hari, aku nak share ngan kengkawan semua, semoga kita dapat sesuatu y bernilai....

Semoga ia akan memberi peringatan kepada kita semua. Sesungguhnya hanya ALLAH saja yang maha mengetahui keadaan hamba2 Nya ketika berada di sana. Ini adalah GAMBARAN Alam Mahsyar. Semoga ia akan memberi peringatan kepada kita semua.

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.
Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
15. 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105)
"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

Tuesday, June 22, 2010

CERITA TENTANG "BERPANTANG"

Gambar nie ehsan dr google...hehehe

Aku nak borak pasat kes pantang berpantang orang bersalin nie, org berpantang nie ada mcm² cara, depends pada org y menjaga kita dlm pantangkan..kalau simple org tue jaga, simplelah pantang kiter, mcm aku mmg jgn haraplah ktorg adik beradik mase dlm pantang mcm kene jaga ngan guru disiplin...garang tue, hehehe mak aku yang jaga ktorg dlm pantang...Mak aku bab pantang bersalin nie mmg tegas, sbb dia kate badan nak pakai lame, xkn anak baru 2 orang badan dah benyek, bla..bla..bla...mak aku bebel lagi xleh nk taip kat sini sbb bnyk nasihat y berunusur keras dan sensor...hahahahaha...So sebabkan kitorang nie mmg dididik berpantang ikut rules mak aku, so bila tgk org lain pantang mcm simple jer, kitorang jadi mcm " erk senang jer, x sakit badan ker nanti???? boleh ker mcm tue???" ikut orglah kate mak aku...yang penting mak dah turunkan ilmu kat korang...So bebaru nie adik ipar aku bersalin, isteri adik aku lah kan,mlm td adik aku balik dr kampung wife dia terus duduk depan kitorang bz tgk tv mengadu....kenapa wife dia berpantang x same mcm ktorg pantang...Kitorangpun pakatlah tny, kenapa, ialah dia ceritalah bnyk y ktirog buat wife dia xkene buatpun, hehehe ktorg terpaksa xplain kat dia x same pantang orang nie, ada y simple ade yang tegas straight mcm mak tue...dia still rase x puas hati, dia dh nekad nak bawak bini dia balik sini, biar mak aku jaga lak mcm jaga ktorg...ish ktorg nasihatkan dia, jgnlah dah ler anak dia cucu sulung nk buat mcm tue, kat org tua, ktorg ckplah kalau dia lek kg sane, jglah bini dia, so mak aku turunkanlah ilmu berpantang kat dia, y lain²y remeh tue, nnt bila wife dia lek sini, baru mak aku tlg buatkan...hehehe sayang bini gak adik aku nie...;p So korang lak mcm mane korang berpantang simple ker atau staright mcm aku kene? carut marut...heheheh itu jer cara nak sedarkan org muda sekarang nie y bnyk degil....Tapi pada aku berpantang mmg seksalah drp bersalin...uish....

Nuffnang

MY HEART BEEP