Nuffnang

MY HEART BEEP

Thursday, October 27, 2011

TABAHKAN HATI, REDHAKAN.....

Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.

Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]

Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan

Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan

Sunday, October 23, 2011

AKU SUSAH HATI, AT THE SAME TIME SAKIT HATI....


keadaan hati aku...;p

Korang pernah x rasa mcm nie???? susah hati tp pada masa y same sakit hati......aku susah hati sbb org lain y buat aku susah hati, dan aku sakit hati sbb org y buat aku susah hati tue....lebih buat hati aku terbeban, aku x bolehpun nak meluahkan pe y aku rasa nie pada org y menyakit dan menyusahkan hati aku nie.....aghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Tuesday, October 11, 2011

PENDAPAT AKU PASAT FIDA......





Sejak 2 menjak nie kan, kecoh pasat fida nie, aku suka gak kat minah nie, ialah org bertudungkan tp aku lebih suka kat heliza dan irma hasmie....hahahahaahahahah....Oklah nie pendapat aku je sbg salah seorg peminat + org luar y membaca...... Pasat kes dia x betudung + gambar tue di upload dlm internet dan tersebar luar, korang rase salah siapa erk??????? Pada aku lah itu salah diri sendiri, sebab bukak tudung dpn org y bukan mahramnya, kene tanggunglah, x boleh nak salahkan org lain y mengupload gambar tue, kalau bukan mamat y uploadpun, ntah² kantoi ngan org lain, so x kn nak salahkan org lain tue????? Berani buat berani tanggung org cakap...so kalau nak bertudung, pakai bebetol, tau depan siapa leh bukak tudung tue, lelebih awaq tue selebriti setiap tindak tanduk awq akan di pandang dan di ambil kira.....Jangan letakkan kesilapan sendiri pada org lain utk bertanggungjawab.....dlm gmbr percutian diorg tue, ade je sorang tue leh pakai tudung bebetol...pikir sendirilah...awq dah baligh, dosa tanggung sendiri.....

2ndly pasat cara dia putuskan hubungan dgn mamat tue, aku bukanlah peminat mamat nie, tp pada aku sbg org y dah dewasa x profesional langsung, declare pandai lak berdua, putus melalui media...pleaselah respect, wlpn rase kesalahan mamat tue x leh di maafkan, dan dh xleh nk jumpe mamat tue lagi, atleast call lah bgtau, x pun sms je, org beceraipun leh melalui sms, xkan nak clash x leh terima melalui sms....

p/s : pandai buat pandai tanggung, meletakkan kesalahan pada bahu org lain, itu bukanlah sikap y baik, lebaik baik mengaku salah sendiri, drp mengatakan itu adalah salah org lain....- org akan lebih respek.....

Thursday, October 6, 2011

YANG KE -11



humaira
2.7kg
06/10/11 @ 7.20 am



humaira dan dadynye

p/s : amanah Allah yang satu nie kalau x di jaga, di didik dgn betul, kitalah yang bertanggung jawab....semoga kita semua menjadi pemimpin dan contoh terbaik buat permata hati kita, dan mendidik , membimbing mereka ke jalan y diredhaiNya.amin

Wednesday, October 5, 2011

ALHAMDULILLAH

cucu ke 10....



Yeyeyeyeyey x sabarnya nak balik tgk baby, hehehe over kan makcik dia, ialah dah lame x dgr suara baby nangis, merengek, pagi td kol 7.20am adik ipar aku selamat melahirkan baby gurl, secara normal....syukur sangat pada Allah, ialah kesian tgk dia menanggung sakit...tahniah to my brother & sister in law, nie adik bongsu , kene bagi nasihat lelebih skit, dah ade anak nie tggungjawab makin besar, amanah Allah kene jaga dgn sebaik mungkin.....

p/s : cucu ke-11 dlm fmly aku, next on december akan ade ke 12 lak...heheheh x sabar gak nie;p

Tuesday, October 4, 2011

OH HOSPITAL....

Erm aku x pernah ade pengalaman berslain spital gomen lagi, hehehe takut sebenarnya coz bnyk dgr cite x baik especially dr staff spital tue sendiri...Semalam adik ipar aku dah kene thn, tp kesiannya bkan dkt wad, cuma kat emergency room...alasan wad bersalin penuh...aku diam je, wat to do kan...kene terima lah...baru kejap td aku call, pukul 11, masih x bersalin lagi, oklah tue 1st baby biasanye mmg akan lambat, tp y kesiannya, dah lah x dpt katil nak menahan sakit, dia duduk atas kerusi je dr mlm td pkul 12.30 am.....alaaa kesiannya aku dengar, nie y makin ngeri nak bersalin kat gomen nie....kene kumpul duit lah alamatnya nak mengandung nanti. Tapi aku tetap mendoakan agar Allah permudahkan urusan dia, senang bersalin, dan selamat ke duanya...Korang pengalam bersalin kat gomen mcm mane???? ialah lain spital lain caranya.....ikut luck gak , ade gak spital swasta y bagus..

Monday, October 3, 2011

AMBOI XCITEDNYE......

x lama lagi nak dpt anak bah baru, tp org dalam rumah mak ayah dah kelam kabut....hehehehe memasing xcited, anak aku meragam je dr mlm td, maybe dia tau dah dekat masanya maksu dia nak bersalin, mak aku x senang duduk, kekejap rase nak buang air besar, mcm mak lak y nak bersalin, aku gelak je.....ayah nmpk relax, tp xtaulah dlm hatikan....heheheh suami ngan abg ipar aku sibuk nak jadi ambulance, tukang antar adik ipar aku ke spital.....hahahah xcited diorg mcm kalah mase wife memasing nak bersalin, mungkin sebab adik bongsu tue y xcited.....tp baby blum kuar lagi...aku doakan semoga adik ipar aku, di permudahkan urusannya...semuanya selamat, dan melahirkan baby y comei, sihat serta cukup sifat....lame x dgr suara baby nangis, huhuhuhhu

Nuffnang

MY HEART BEEP