Nuffnang

MY HEART BEEP

Thursday, January 20, 2011

SIMPLE TP MENDALAM MAKSUDNYA...

Jom rehatkan minda jap baca kisah kat bawah nie, mana tau boleh hilangkan stress korang awal tahun nie...heheehhe...mcm nie kisahnya.....
Suatu pagi berdiri seorang cikgu di depan kelasnya sambil bertanya kepada anak² muridnya, berapa beratkah gelas ini???? Jawab seorang pelajar di depannya," 30gram cikgu", cikgu tersebut tersenyum , ok pelajar lain? ada yang jawab 50 gram, ada yang jawab antara 50 - 100 gram, dan pelbagai jawapan lagi....adakah antara pelajar tersebut ada memeri jawapan yang betul???akhirnya cikgu tue bersuara," jawapan kamu mungkin betul dan mungkin juga salah"
Sebenarnya berat gelas nie x penting, yang penting berapa lama kamu pegang gelas nie, makin lama kamu pegang makin lenguh @ penatlah tangan kamu....1 min, x kisah, 1jam, lenguh..kalau seharian???alamatnya kene panggil ambulan utk angkat kamu.....pelajar di dalam kelas tue semua ketawa.....sambung cikgu tue lagi, pelajar berat gelas nie tidak akan berubah, semakin lama kamu pegangnya semakin berat, apa yang patut kamu buat ialah...letakkan beberapa minit di bawah, dan selepas itu sambung kembali. " Begitu juga dengan kehidupan seharian kita, jika kita ada masalah,selesaikannya secepat mungkin. Kalau kita masih gagal menyelesaikannya, rehat sebentar, lupakan masalah itu untuk seketika, Jangan terlalu memikirkannya kerana ia akan membuat fikiran kita tidak tenang dan terganggu, ketenangan amat penting untuk kita memikirkan masalah itu kembali, dan pasti jumpa jalan penyelesaiaanya....

p/s : jadi kengkawan...relaxkan minda, tiada masalah yang tidak boleh di selesaikan...

No comments:

Nuffnang

MY HEART BEEP