Nuffnang

MY HEART BEEP

Monday, January 17, 2011

UNTUK RENUNGAN KAU DAN AKU


KENAPALAH ENGKAU MALAS SEMBAHYANG

Allah beri engkau jasad yang lengkap dengan bayang-bayang

Tidakkah lebih beruntung daripada tiang

Berdiri roh malam dan siang?


KENAPALAH ENGKAU MALAS SEMBAHYANG

Hendak makan minum pun dah senang

Negara aman bukan perlu berperang

Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang


KENAPA ENGKAU MALAS SEMBAHYANG

Allah beri akal supaya engkau berbeza dgn binatang

Allah beri ilmu boleh berfikir susah & senang

Allah beri banyak nikmat kenapa tidak di kenang


KENAPALAH ENGKAU MALAS SEMBAHYANG

Main bola sanggup sampai ke petang

Beli tiket konsert sanggup beratur panjang

Engkau ingat boleh masuk syurga dgn senang


KENAPALAH ENGKAU MALAS SEMBAHYANG

Ingatlah umur kita bukanlah panjang

Pagi kita sihat, petang kita boleh kaku kejang

Dalam kubur nanti jawablah seorang


KENAPALAH ENGKAU MALAS SEMBAHYANG

Siksa neraka cubalah di bayang

Masa di akhirat terlalu panjang

Janji Allah pasti datang tidak terhalang


Ingatlah wahai sahabatku sekalian, saudara seislamku

sematkanlah kata² ini sebagai peringatan

Fikirkanlah sejenak pada pesanan

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan"


DOA

Ya Allah Ya Tuhanku jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang

dan demikianlah juga zuriat keturunanku, perkenankanlah doa ku Ya Allah...amin



1 comment:

Huda said...

semoga kite smua rajin menunaikan solat ikut waktu :) amin~

Nuffnang

MY HEART BEEP