’Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama” Maksudnya: “Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa”
Tuesday, January 24, 2012
KEJAP JE...DAH 4 TAHUN...
Tuesday, November 1, 2011
02.11.2011...
MASALAH OH MASALAH....

Dulu masa aku sekolah masa alam remaja yang penuh gelak tawa, aku suka satu pepatah nie..."hidup tanpa masalah, ada makna???????", tp skrg bila dah dewasa hidup y kurang dgn gelak ketawa tp bnyk dgn masalah y bertimpa², mcm nak jawab je balik pepatah tue, hidup tanpa masalah mmg bermakna.....hahahahahahah
Apapun sebenarnya masalah tue mematangkan hidup kita, menambah pengalaman hidup kita, walaupun sgt menyakitkan kene tempuh gak, selama manapun kita abaikan masalah tue, satu masa kite kene hadap gak...kene selesaikan gak, supaya tak mendatangkan masalah lebih besar buat kita di masa hadapan, y paling utama tidak akan menyusahkan org lain, lelebih andai ajal kita di jemput lebih awal.....
Apapun buat semua insan y ada masalah berat @ ringan di luar sana...dont give up, y penting sentiasa berdoa kepadaNya moga dipermudahkan segala urusan kita dlm menyelesaikan masalah kita.....
P/S : tiap masalah ada jalan penyelesaiaannya, seperti setiap penyakit pasti ada ubatnya, yang penting kita berusaha...chaio!!
Thursday, October 27, 2011
TABAHKAN HATI, REDHAKAN.....
Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.
Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;
ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.
Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]
Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan
Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan
Sunday, October 23, 2011
AKU SUSAH HATI, AT THE SAME TIME SAKIT HATI....

Korang pernah x rasa mcm nie???? susah hati tp pada masa y same sakit hati......aku susah hati sbb org lain y buat aku susah hati, dan aku sakit hati sbb org y buat aku susah hati tue....lebih buat hati aku terbeban, aku x bolehpun nak meluahkan pe y aku rasa nie pada org y menyakit dan menyusahkan hati aku nie.....aghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Tuesday, October 11, 2011
PENDAPAT AKU PASAT FIDA......

Sejak 2 menjak nie kan, kecoh pasat fida nie, aku suka gak kat minah nie, ialah org bertudungkan tp aku lebih suka kat heliza dan irma hasmie....hahahahaahahahah....Oklah nie pendapat aku je sbg salah seorg peminat + org luar y membaca...... Pasat kes dia x betudung + gambar tue di upload dlm internet dan tersebar luar, korang rase salah siapa erk??????? Pada aku lah itu salah diri sendiri, sebab bukak tudung dpn org y bukan mahramnya, kene tanggunglah, x boleh nak salahkan org lain y mengupload gambar tue, kalau bukan mamat y uploadpun, ntah² kantoi ngan org lain, so x kn nak salahkan org lain tue????? Berani buat berani tanggung org cakap...so kalau nak bertudung, pakai bebetol, tau depan siapa leh bukak tudung tue, lelebih awaq tue selebriti setiap tindak tanduk awq akan di pandang dan di ambil kira.....Jangan letakkan kesilapan sendiri pada org lain utk bertanggungjawab.....dlm gmbr percutian diorg tue, ade je sorang tue leh pakai tudung bebetol...pikir sendirilah...awq dah baligh, dosa tanggung sendiri.....
2ndly pasat cara dia putuskan hubungan dgn mamat tue, aku bukanlah peminat mamat nie, tp pada aku sbg org y dah dewasa x profesional langsung, declare pandai lak berdua, putus melalui media...pleaselah respect, wlpn rase kesalahan mamat tue x leh di maafkan, dan dh xleh nk jumpe mamat tue lagi, atleast call lah bgtau, x pun sms je, org beceraipun leh melalui sms, xkan nak clash x leh terima melalui sms....
p/s : pandai buat pandai tanggung, meletakkan kesalahan pada bahu org lain, itu bukanlah sikap y baik, lebaik baik mengaku salah sendiri, drp mengatakan itu adalah salah org lain....- org akan lebih respek.....






